Artikel
ini membincangkan jenis-jenis CCTV yang terdapat di pasaran anda.
Sebelum membeli kita mesti mengenali jenis CCTV supaya ketika proses
membeli dan memilih kita boleh memilih CCTV mengikut keperluan dan
fungsi CCTV tersebut. Pelbagai CCTV yang terdapat di pasaran dan setiap
jenis mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan
kepada kegunaan.
Dome Camera
Kamera CCTV Dome diberikan nama DOME
kerana bentuknya hampir dengan kubah. Jenis CCTV ini adalah memjadi
pilihan untuk kegunaan di pejabat, restoran atau kedai. Apabila melihat
ke bentuknya agak sukar untuk kita tentukan arah kamera CCTV yang
sebenarnya. Jenis CCTV ini memang menjadi pilihan pengguna kerana ianya
senang dipasang di mana-mana sahaja.

Jenis kamera CCTV Dome ini juga
mempunyai pelbagai ciri-ciri terbaru iaitu kualiti gambar yang tinggi HD
(High Definition), mempunyai kamera infrared untuk pengawasan di tempat
gelap dan juga wide dynamic range (WDR). Keuntungan membeli dome kamera
anda tidak perlu membeli lensa atau braket tambahan.
IP Camera
IP Camera adalah sejenis kamera CCTV
yang dapat mengirim data melalui jaringan komputer dan internet.
Kelebihan IP kamera adalah lebih murah CCTV ini adalah lebih kecil dan
terus berhunung dengan kabel ke router Wifi dan ini dapat mencegah,
serta akan menjadi bukti sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak
diingini. Selain itu, IP kamera juga mampu menangkap gambar sesuatu yang
bergerak di depan kamera dan anda akan terus mendapat notifikasi
melalui email. Dengan menggunakan IP Kamera juga anda akan boleh login
secara langsung ke kamera.
Waterproof Camera
Kamera CCTV Waterproof dirancang untuk
mencegah daripada kemasukkan air dari hujan, salji dan habuk serta
partikel kecil lain seperti kotoran dan debu yang dapat merosakkan
internal komponen kamera. Kamera waterproof terdapat dalam pelbagai
bentuk antaranya adalah dome, box dan peluru. Design CCTV waterproof
direka khas untuk tahan daripada cuaca yang ekstrem. Kamera CCTV ini
umumnya akan digunakan di tempat seperti stesen bas, bandar, gudang,
pelabuhan , tempat parking atau untuk pemantauan lalu lintas.
Speed Dome kamera
Speed Dome Camera adalah jenis kamera
CCTV yang berkemampuan PTZ (pan, tilt, zoom) sehingga dapat berputar 360
darjah secara horizontol, 90 darjah secara vertical dan 180 darjah
secara terbalik. Antara kelebihan menggunakan kamera CCTV Speed Dome
adalah kamera ini boleh berputar dan bergerak dalam 360 darjah dan
bergerak vertikal 90 darjah. Zoom optikal dan digital dari kamera CCTV
Speed Dome juga lebih baik. Input penggera boleh digunakan bersama
dengan pengesanan gerakan supaya secara automatik menyoroti kawasan di
mana pergerakan telah dikesan. Speed Dome Camera adalah lebih menarik
dari kamera dome biasa. Ianya boleh bergerak lebih laju. Kamera ini juga
mampu mengikuti objek yang bergerak secara detail dari jarak yang jauh.
Kemampuan zoom kamera ini sangat bermanfaat untuk membaca nombor plat
kenderaan dengan jelas dari jarak hingga 160 meter.
Nak tahu lebih lanjut tentang CCTV
Tunggu di artikel akan datang
Sebut harga PERCUMA📋📋
Hotline / Call
0⃣1⃣0⃣2⃣6⃣3⃣0⃣0⃣5⃣0⃣☎☎☎
Whatsapp
"PAKAR SEKURITI ANDA"
.
PRO HERO CCTV, YOUR TRUSTED SECURITY
No comments:
Post a Comment